Satu projek oleh Roots & Shoots Malaysia dan Perlis Nature & Wildlife.
A project by Roots & Shoots Malaysia and Perlis Nature & Wildlife.
Wang Kelian – Lembah Yang Kian Hilang menyoroti keunikan kawasan di desa paling utara di negeri paling utara Semenanjung Malaysia — dari rangkaian batu kapur Nakawan berusia 370 juta tahun hingga alat Zaman Batu yang ditemui di lokasi, serta kekayaan biodiversiti yang masih wujud — masih banyak yang belum diterokai dan didokumentasikan di bahagian dunia ini.
Buku ini memperlihatkan salah satu kawasan tanah dan hutan paling unik di Semenanjung Malaysia, di mana kawasan Indochina dan Sundaland bertemu — lebih 200 spesies burung dan 40 spesies mamalia, termasuk 7 spesies primat yang unik, termasuk Macaque Ekor Gumpal yang populasi di Malaysia hanya boleh ditemui di kawasan kecil seluas 5000 hektar ini. Banyak spesies di sini adalah endemik dan tidak ditemui di tempat lain di negara ini.
Penulis dan jurugambar buku ini, Peter Ong, menghabiskan dua bulan di kawasan utara ini untuk merakam dan mendokumentasikan kekayaan biodiversiti, tanah, dan warisan budaya yang menakjubkan di Wang Kelian. Projek dokumentasi ini oleh Roots and Shoots Malaysia dan Perlis Nature & Wildlife dengan sokongan Think City, The Habitat Foundation, dan Jabatan Perhutanan Perlis menghasilkan karya yang termasuk buku fotografi berwarna penuh 150 muka surat dalam dua bahasa (Inggeris dan BM), sebuah dokumentari 30 minit yang akan disiarkan kepada umum tidak lama lagi, serta pameran di Kuala Perlis dan pameran perjalanan selama dua bulan di seluruh Perlis.
Penulis dan pihak sokongan berharap buku ini menjadi permulaan kerjasama jangka panjang dengan rakan tempatan dan agensi kerajaan, apatah lagi mereka benar-benar jatuh cinta dengan Perlis dan rakyatnya yang penuh kehangatan. Mereka percaya dengan kerjasama erat dengan pelbagai pihak berkepentingan, generasi akan datang dapat terus menikmati langit biru yang jernih, kehijauan yang subur, dan udara segar di Perlis.
Biografi Penulis:
Peter Ong meraih ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Bristol (UK) dan Sarjana Dalam Undang-Undang Perniagaan Antarabangsa dari London School of Economics and Political Science (UK). Setelah berkecimpung dalam industri seni persembahan, minat beliau terhadap kehidupan liar dan alam sekitar mendorongnya ke jalan baru sebagai jurugambar dan aktivis alam sekitar. Beliau kemudiannya melancarkan Projek Monyet pada 2019 untuk merakam dan mendokumentasikan semua 26 spesies primat di Malaysia, kebanyakannya terancam dan kurang data. Kerjanya dalam bidang jurugambar dan aktivisme ini telah membawanya ke pelbagai projek lain termasuk penulisan untuk pelbagai penerbitan dan jurnal tentang isu alam sekitar dan pemuliharaan.
Penulis & Jurugambar: Peter Ong
Penterjemah (Bahasa Melayu): Aini Hasanah Abd Mutalib dan Syamil Abd Rahman
Bahasa: Inggeris / Melayu
Penerbit: Monyet Ventures, 2023
ISBN: 9786299822103
Wang Kelian – The Forgotten Valley highlights the unique characteristics of the northernmost village in the northernmost state of Peninsular Malaysia - from the 370 million-year-old limestone Nakawan range to the Stone Age tools found on site as well as the amazing biodiversity that still exists - there is much that still remains undiscovered and undocumented in this part of the world.
The book showcases one of the most unique terrains and forests in Semenanjung Malaysia where the Indochine and the Sundaland meet —— over 200 species of birds and 40 species of mammals, 7 unique species of primates including the Stump-Tailed Macaque whose Malaysian population can only be found in this tiny 5000 ha area. Many species here are indeed endemic and not found anywhere else in the country.
The author and photographer of the book, Peter Ong, spent two months in this northern corner to photograph and document the incredible biodiversity, terrain and cultural heritage of the Wang Kelian area. This documentation project by Roots and Shoots Malaysia and Perlis Nature and Wildlife with the support of Think City, The Habitat Foundation, and Jabatan Perhutanan Perlis resulted in a body of work which includes this 150-page full colour dual-language photo book (English and BM), a 30-minute documentary to be publicly broadcast later in the year, as well as an exhibition at Kuala Perlis and a two-month traveling exhibition around Perlis.
The author and the supporting parties hope this book will be the beginning of a long-term collaboration with local partners and government agencies alike, no less because they’re truly fallen in love with Perlis and its warm hearted people. They believe that by working hand-in-hand with various state holders and partners, future generations may continue to enjoy the clear blue skies, the lush greenery, and the clear crisp air of Perlis.
Author's Bio:
Peter Ong holds a Bachelor of Law degree from the University of Bristol (UK) and a Master in International Business Law from the London School of Economics and Political Science (UK). After a long career in the performing arts industry, his passion for wildlife and the environment led him on a new path of wildlife photography and environmental advocacy. He subsequently launched Project Monyet in 2019 to photograph and document all of Malaysia's 26 primate species, many of which are endangered and data deficient. His photography and advocacy work has since led him to other projects which include writing for various publications and journals on environmental and conservation issues.
Author and Photographer: Peter Ong
Translator (Malay): Aini Hasanah Abd Mutalib and Syamil Abd Rahman
Language: English/ Malay
Publisher: Monyet Ventures, 2023
ISBN: 9786299822103