Sokong usaha kebajikan ROOTS & SHOOTS dengan membeli rangkaian barangan eksklusif yang menarik.
PRE-ORDER (tempoh 10 hari pengeluaran sebelum penghantaran)
Saiz Foto: Saiz A2 (42.0 x 59.4 cm)
Bahan: Kertas Photo Rag
The Central Forest Spine merujuk kepada satu set kawasan hutan yang sensitif dan penting di Semenanjung Malaysia, terdiri daripada empat zon utama yang meliputi lapan negeri iaitu Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. Zon utama ini ialah Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Nakawan, Taman Negara-Banjaran Timur, Pahang Selatan, Chini dan Bera Wetlands, dan akhrinya, Endau Rompin Park-Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Kluang.
kawasan ini penting kerana 90% sumber air Malaysia berasal dari sini dan ianya juga tempat tinggal kepada beberapa ekor harimau Malaya yang masih hidup di habitat semula jadi.
Namun, kebimbangan semakin membesar terhadap CFS kerana kawasan hutan semakin berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat pertumbuhan bandar dan pembangunan yang tidak terkawal. Bukan sahaja kualiti hutan menurun, malah habitat semula jadinya semakin terpecah-pecah menjadi petak kecil dan tidak bersambung, dalam proses dikenali sebagai fragmentasi hutan. Ini termasuk pembersihan kawasan hutan untuk pertanian komersial, penempatan bandar dan infrastruktur.
Gambar ini menunjukkan pemandangan bukit-bukit Pahang dengan sebatang sungai berkilauan di tengahnya, diambil dari ketinggian lebih 20,000 kaki menggunakan pesawat Cessna. Ia contoh terbaik berada di tempat dan masa yang tepat, dengan cuaca cerah dan cahaya matahari yang sempurna.
Please support ROOTS & SHOOTS' welfare efforts by purchasing from its range of attractive exclusive merchandise.
PRE-ORDER (10 days of production before shipping)
Photograph Size: A2 Size (42.0 x 59.4 cm)
Material: Photo Rag Paper
The term Central Forest Spine denotes a combined set of four environmentally sensitive as well as significant forest areas in Peninsular Malaysia. The CFS sprawls over eight states, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan and Selangor. The four major forest zones are the Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Nakawan, Taman Negara-Banjaran Timur, South East Pahang, Chini and Bera Wetlands, and finally, Endau Rompin Park-Kluang Wildlife Reserves.
The CFS area is an important landscape because 90% of Malaysia’s water supply comes from here and it is also home to the small number of Malayan tigers surviving in the wild.
However, there is a growing cause for concern about the CFS, given the way the forest land has been depleting over the recent years because of unchecked growth of urbanisation. Not only has the quality of forests gone down, but the natural habitat has also been splintered into smaller and unconnected parcels, in a process known as forest fragmentation. This includes the clearing of forest vegetation for commercial agriculture, urban settlements and infrastructure development.
This image of the Pahang hills with a silver thread of river shimmering in the middle, was taken from over 20,000 feet up in the air from a Cessna. This is the perfect example of being at the right place at the right time, without much cloud cover and ideal sunlight.